UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN – PENERIMA ANUGERAH MAPIM-KPT KE-17 TAHUN 2026
2026-11-27
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Penerbit UTM Press dengan sukacitanya memaklumkan bahawa dua makalah yang diterbitkan dalam jurnal terbitan universiti, iaitu International Journal of Built Environment and Sustainability (IJBES) dan Journal of Applied Membrane Science & Technology (AMST), telah berjaya meraih Tempat Kedua dalam kategori masing-masing pada Anugerah MAPIM-KPT Ke-17 Tahun 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penulis atas kejayaan membanggakan ini. Penghargaan turut dizahirkan kepada Ketua Editor dan seluruh Sidang Editor kedua-dua jurnal atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan kecemerlangan serta kualiti penerbitan ilmiah universiti.
Pencapaian ini merupakan manifestasi kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang terus mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di persada akademik negara.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTM untuk terus menghasilkan karya ilmiah yang berkualiti, berimpak tinggi dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Syabas dan tahniah!